Info CHICKEN & BEEF FOLDOVER MCD 9 PUASA - Tentang Subang

Info CHICKEN & BEEF FOLDOVER MCD 9 PUASA - Tentang Subang - Hallo gaes, Pada kesempatan kali ini aku akan berbagi informasi tentang Info CHICKEN & BEEF FOLDOVER MCD 9 PUASA - Tentang Subang , kami telah sajikan artikel ini dengan baik untuk kalian baca dan ambil informasi bermanfaat didalamnya. mudah-mudahan pada Artikel ayam, Artikel lembu, Artikel ramadhan, yang kami sajikan ini dapat kalian pahami. Baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Info CHICKEN & BEEF FOLDOVER MCD 9 PUASA - Tentang Subang

Assalamualaikum wbt

SEMALAM Pak Inche ada jemputan majlis berbuka puasa dengan klien. Terus teringat, Iman ada kata, nak makan Chicken Foldover McD. Kita jadi mak ni, memang selalu la teringat-ingat, bimbang anak kempunan kan. Lagipun menu tu edisi terhad, bukan sentiasa ada macam Big Mac. Terkenang masa dia dalam perut dulu, nampak abang ipar masak telur ayam yang dalam perut ayam tu, punyalah teringin tapi malu nak cakap sebab itulah pertama kali Sk balik ke kampung mertua. Nasib baik tak meleleh ailio si Iman. Agaknya bukan mengidam kot, ternampak dan teringin jer, hahaha, tu yang taklah sampai meleleh air liurnya. Mungkin ada pembaca yang pernah terbaca Sk cerita, telur ayam dalam perut ayam tu, Sk teringin dari zaman budak-budak, tapi orang tua-tua masa tu kata, budak-budak tak boleh makan telur ayam yang dalam perut ayam tu. Padahal dorang yang nak makan takut tak cukup, hahaha.


Jadi, balik kerja semalam, Sk pun singgah McD melalui cara pandu lalu. Nampak dalam menu ada juga Beef Foldover. Kali ini, ia datang bersama Pai Epal dan Ice Lemon Tea. Tapi, masa buat pesanan tu, diberitahu, Ice Lemon Tea tak ada, cuma ada Coke. Milo? Ice Blended Milo sahaja yang ada. Jadi, Sk terpaksalah ambil coke sajo. Huiiii.. nikmatnya minum coke, lama tak pekena, hahahaha.

Eh, Iman cerita, lalu kat Tik Tok, kisah seorang kakak ni, baru-baru ni, singgah McD nak beli bubur untuk anak dia tapi tak dibenarkan beli sebab belum pukul 3 petang. McD tidak membenarkan orang Islam beli makanan sebelum pukul 3 petang. Sk tak pastilah info ini benar atau tidak ya. Sk pun masa singgah ni, baru pukul 4 macam tu, punyalah segan, nasib pakai mask, hehehe.


Letak di kerusi penumpang sebelah.. selalu pasangkan tali keledar bimbang tumbang, tapi semalam, malas nak pasangkan.


Pesan satu ayam dan satu lembu. Oh, Sk rasa dorang tak add on dengan kentang sebab nanti bila buka puasa, kentang dh lembik. Apple Pie ni, makan dah malam pun masih rangup lagi.


Sk cakap dengan Iman, teringat-ingatlah pulak Nasi Minyak dengan Kari Tulang semalam. Iman terus angguk-angguk dan senyum. Rupanya dia pun fikir benda yang sama. Memang Sk masak lebih untuk dua kali makan, tapi cadangnya nak mengulang buka puasa esok (hari ini).


Keluarkan dari peti sejuk dan cedok keluar semua minyak yang dah membeku kat bahagian atas tu.


Dah tak berlinang minyaknya. Doploh tahun masak kari sebulan 17 - 18 kali, mahu tak expert, hahahaha. 


Pencuk yang disimpan dalam peti sejuk, masih kelihatan segarrrrr.


Ayam percik ada lagi dua ketul, panaskan. Sos ayam percik ni sedap. Tak jadi berbuka dengan Foldover. Buka makan Nasi Minyak, Kari Tulang, Ayam Percik dan Pencuk.


Malammm sikit baru buka foldover. Kerat separuh. Iman makan separuh ayam separuh daging lembu. Mula dia kata, ayam sedap, Sk kata, lembu la sedap. Dah akhir-akhir tu, Iman akui, Beef Foldover lebih sedap dari Chicken Foldover... haaaa... kannnnn.


Sk punya bahagian Beef Foldover, potong dua lagi.


Separuh bahagian Chicken Foldover pun potong dua. Sk makan suku ayam dan suku lembu laaa kiranya. Tinggalkanlah untuk Pak Inche, dah pagi-pagi seluk wallet dia ambik duit beli McD, hahaha. Dah dia buka puasa sedap-sedap kat hotel, kannnn.. barulah adil gitu, hahahaha. Nasib baik dia tak mintak duit baki, hihihi.

Syukur.. Alhamdulillah.


Akhir Kata

Demikian penjelasan tentang Info CHICKEN & BEEF FOLDOVER MCD 9 PUASA - Tentang Subang kali ini, semoga dapat bermanfaat. Apabila ada pertanyaan silahkan berkomentar di bawah ya! Semoga sukses dan sampai jumpa kembali di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Info CHICKEN & BEEF FOLDOVER MCD 9 PUASA - Tentang Subang dengan alamat link https://tentag-subang.blogspot.com/2022/04/info-chicken-beef-foldover-mcd-9-puasa.html

0 Response to "Info CHICKEN & BEEF FOLDOVER MCD 9 PUASA - Tentang Subang "

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel